Powered By Blogger

Thursday, 25 July 2013

kerana aku suka dia

Kerana aku suka dia bab 1 



Bab 1…

Ggdebang…….
     ‘’alamak.. mati aku,’’ jerit uqsha.. apabila kayu yang ingin dijadikan ampain baju terkene pasu bunga jiran sebelah, bukan main cantik lagi hancur berderai di lantai rumah jiran sebelah.
‘’Hoi, ape bising-bising ni, tak tahu orang nak tidur ke?’’
      Dengar saja jerkahan jiran sebelah, bagai lipas kudung uqsha melarikan diri dan bersembunnyi disebalik pintu, kelihatan jiran sebelahnya tercongok-congok mengutip pasu bunga yang berterabur sambil membebel-bebel dalam bahasa yang tak di fahaminya.
   ‘’lantak kau la jiran, bukan salah aku pun, kan tak sengaja.’’ lalu uqsha berlalu ke dapur tanpa perasaan bersalah, biarkan saje biarkan.
    Di dapur uqasha mencari-cari sesuatu yang boleh di masak, pakain yang baru di basuh di lupakan terus kerana moodnya untuk menjemur baju sudah tiada kerana kejadian yang tidak di sengajakan tadi,habis diselongkarnya peti sejuk dari atas sampai bawah. Namun tiada apa yang boleh dijadikan bahan masakan..
   ‘’Ish, marisa ni, peti bukan main besar tapi satu ape pun takde, ape aku nak makan ni, takkan nak makan timun ni aje, nak masak ape dengan timun sebatang ni,’’ uqsha mengetuk-ngetuk timun ke dahi.. ala-ala mencari idea untuk masak timun yang sebatang ni.
    Tiba-tiba marisa menjengul masuk lantas duduk disebelah uqsha ‘’kenapa kau ni sha, Nampak semacam je, yang kau pegang timun tu buat ape, kau menyanyi depan peti ais ni ke?’’ marisa merenung  temannya itu dengan pandangan pelik, dah buang tabiat agaknya uqsha ni, main depan peti ais  dengan sebelah tangannya memegang sebatang timun, lucu melihat gelagat uqsha dia tersengih-sengih..
   Amboi, sesedap lidah je marisa ni mengata dia yang bukan-bukan, tak tahu ke yang dia tengah cari resepi untuk masak, perut dari tadi lagi berkeroncong, senak bagai ape dah, elok-elok marisa balik mengata pulak..
  ‘’ouchhh’’ marisa mengaduh kecil apabila uqasha mengetuk kepalanya dengan timun. ‘’apa kau ni, ingat kepala aku ni drum ke kau nak main ketuk-ketuk.’’ terkial-kial marisa bangun membontoti uqasha ke sinki. peti ais yang ter buka segera ditutup.
  ‘’Aku lapar lah dari pagi lagi aku tak makan, kau pagi-pagi da keluar tinggal aku sorang-sorang kebulur, sampai hati kau’’ dengan muka sedih uqsha bercerita, timun yang sudah dibasuh digigitnya. macam orang  tak makan sepuluh hari saja, memang dia lapar ketika keluar dari rumah papanya dia tidak sempat makan pun, maklumlah dia tengah merajuk , lari dari rumah hanya kerana papanya ingin kahwin lain, mujurla dia teringatkan Marisa, lalu rumah temannya inilah menjadi singgahannya untuk mendapatkan bantuan.
       Marisa mengelengkan kepala, melihat Uqsha marah pun ada, kesian pun ada, lari dari rumah hanya kerena papanya ingin kahwin lagi, rela keluar rumah pagi-pagi buta untuk menunjukkan protes, nak tak nak dia membenarkan uqsha tinggal dirumahnya. Pagi tadi dia menelefon papa uqsha, Datuk Ziyad memberitahu tentang keberadaan uqsha agar tidak bimbang,.
      ‘’Kau tu yang degil, keras kepala bukan nak dengar ape papa kau bagitahu, kaalu dia nak kahwin biarla, bukan dengan sape pun adik mama kau jugak kan, merangkap mak saudara kau aku tengok tak ada salahnya pun, kau tu je yang lebih-lebih nak merajuk’’ Marisa cuba memujuk uqsha tapi nadanye macam marah je.. ah lantakla asalkan uqsha sedar akan kesilapannya itu, alasan uqsha yang tidak ingin papanya menduakan mamanya tidak boleh ditrima kerana papanya juga berhak untuk mendapatkan kasih sayang dari seorang isteri apabila telah kehilangan mama uqsha 5 tahun lalu.
     Uqsha hanya mengeleng , tiada apa yang ingin dikatakan lagi, marajuk tetap marajuk dia bukan hanya tidak mahu papanya kahwin kerana tidak ingin papanya menduakan mama, tapi tidak mahu kasih papanya terbelah dua untuk dia dan bakal mak tirinya, selama 5 tahun hidup bermanja hanya dengan papanya, tiba-tiba ada orang lain antara mereka, itu uqsha tak boleh terima,
    ‘’ kau tahu aku macam manekan, aku taknak papa lupakan aku la, nanti dia akan lebihkan unty syarifah tu, aku tak nak.. tak nak…’’ uqsha merengek macam budak-budak, walaupun sudah berumur 22 tahun, perangainya masih seperti kanak-kanak yang perlu dimanja, satu sikapnya yang sudah azali, uqsha juga mempunyai kelemahan iaitu sangat lurus orangnya, maklumla anak manja,
     ‘’Suka hati kau la sha, aku malas layan kau, baik aku pegi masak meggi lagi bagus’’. Marisa bingkas bangun menuju ke dapur, uqsha yang sedang leka memamah timun berasa teruja mendebgar marisa menyebut meggi, sudah lame dia tidak menjamah makanan itu, bukan kerana memilih makanan, tapi papanya tidak suka dia makan makanan segera, tak berkhasiat katanya. Dia juga turut mengikut Marisa perutnya yang lapar perlu di isi walaupun dengan hanya makan meggi.
 








No comments:

Post a Comment