Kerana aku suka dia bab 1
Bab 1…
Ggdebang…….
‘’alamak.. mati
aku,’’ jerit uqsha.. apabila kayu yang ingin dijadikan ampain baju terkene pasu
bunga jiran sebelah, bukan main cantik lagi hancur berderai di lantai rumah
jiran sebelah.
‘’Hoi, ape bising-bising ni, tak tahu orang nak tidur ke?’’
Dengar saja
jerkahan jiran sebelah, bagai lipas kudung uqsha melarikan diri dan
bersembunnyi disebalik pintu, kelihatan jiran sebelahnya tercongok-congok
mengutip pasu bunga yang berterabur sambil membebel-bebel dalam bahasa yang tak
di fahaminya.
‘’lantak kau la
jiran, bukan salah aku pun, kan tak sengaja.’’ lalu uqsha berlalu ke dapur
tanpa perasaan bersalah, biarkan saje biarkan.
Di dapur uqasha mencari-cari sesuatu yang
boleh di masak, pakain yang baru di basuh di lupakan terus kerana moodnya untuk
menjemur baju sudah tiada kerana kejadian yang tidak di sengajakan tadi,habis
diselongkarnya peti sejuk dari atas sampai bawah. Namun tiada apa yang boleh
dijadikan bahan masakan..
‘’Ish, marisa ni,
peti bukan main besar tapi satu ape pun takde, ape aku nak makan ni, takkan nak
makan timun ni aje, nak masak ape dengan timun sebatang ni,’’ uqsha
mengetuk-ngetuk timun ke dahi.. ala-ala mencari idea untuk masak timun yang
sebatang ni.
Tiba-tiba marisa
menjengul masuk lantas duduk disebelah uqsha ‘’kenapa kau ni sha, Nampak
semacam je, yang kau pegang timun tu buat ape, kau menyanyi depan peti ais ni
ke?’’ marisa merenung temannya itu
dengan pandangan pelik, dah buang tabiat agaknya uqsha ni, main depan peti
ais dengan sebelah tangannya memegang
sebatang timun, lucu melihat gelagat uqsha dia tersengih-sengih..
Amboi, sesedap lidah
je marisa ni mengata dia yang bukan-bukan, tak tahu ke yang dia tengah cari
resepi untuk masak, perut dari tadi lagi berkeroncong, senak bagai ape dah,
elok-elok marisa balik mengata pulak..
‘’ouchhh’’ marisa
mengaduh kecil apabila uqasha mengetuk kepalanya dengan timun. ‘’apa kau ni,
ingat kepala aku ni drum ke kau nak main ketuk-ketuk.’’ terkial-kial marisa bangun
membontoti uqasha ke sinki. peti ais yang ter buka segera ditutup.
‘’Aku lapar lah dari
pagi lagi aku tak makan, kau pagi-pagi da keluar tinggal aku sorang-sorang kebulur,
sampai hati kau’’ dengan muka sedih uqsha bercerita, timun yang sudah dibasuh
digigitnya. macam orang tak makan
sepuluh hari saja, memang dia lapar ketika keluar dari rumah papanya dia tidak
sempat makan pun, maklumlah dia tengah merajuk , lari dari rumah hanya kerana
papanya ingin kahwin lain, mujurla dia teringatkan Marisa, lalu rumah temannya
inilah menjadi singgahannya untuk mendapatkan bantuan.
Marisa mengelengkan
kepala, melihat Uqsha marah pun ada, kesian pun ada, lari dari rumah hanya kerena
papanya ingin kahwin lagi, rela keluar rumah pagi-pagi buta untuk menunjukkan
protes, nak tak nak dia membenarkan uqsha tinggal dirumahnya. Pagi tadi dia
menelefon papa uqsha, Datuk Ziyad memberitahu tentang keberadaan uqsha agar
tidak bimbang,.
‘’Kau tu yang degil, keras kepala bukan nak
dengar ape papa kau bagitahu, kaalu dia nak kahwin biarla, bukan dengan sape
pun adik mama kau jugak kan, merangkap mak saudara kau aku tengok tak ada
salahnya pun, kau tu je yang lebih-lebih nak merajuk’’ Marisa cuba memujuk
uqsha tapi nadanye macam marah je.. ah lantakla asalkan uqsha sedar akan
kesilapannya itu, alasan uqsha yang tidak ingin papanya menduakan mamanya tidak
boleh ditrima kerana papanya juga berhak untuk mendapatkan kasih sayang dari
seorang isteri apabila telah kehilangan mama uqsha 5 tahun lalu.
Uqsha hanya
mengeleng , tiada apa yang ingin dikatakan lagi, marajuk tetap marajuk dia
bukan hanya tidak mahu papanya kahwin kerana tidak ingin papanya menduakan
mama, tapi tidak mahu kasih papanya terbelah dua untuk dia dan bakal mak
tirinya, selama 5 tahun hidup bermanja hanya dengan papanya, tiba-tiba ada
orang lain antara mereka, itu uqsha tak boleh terima,
‘’ kau tahu aku
macam manekan, aku taknak papa lupakan aku la, nanti dia akan lebihkan unty
syarifah tu, aku tak nak.. tak nak…’’ uqsha merengek macam budak-budak,
walaupun sudah berumur 22 tahun, perangainya masih seperti kanak-kanak yang
perlu dimanja, satu sikapnya yang sudah azali, uqsha juga mempunyai kelemahan
iaitu sangat lurus orangnya, maklumla anak manja,
‘’Suka hati kau
la sha, aku malas layan kau, baik aku pegi masak meggi lagi bagus’’. Marisa
bingkas bangun menuju ke dapur, uqsha yang sedang leka memamah timun berasa
teruja mendebgar marisa menyebut meggi, sudah lame dia tidak menjamah makanan
itu, bukan kerana memilih makanan, tapi papanya tidak suka dia makan makanan
segera, tak berkhasiat katanya. Dia juga turut mengikut Marisa perutnya yang
lapar perlu di isi walaupun dengan hanya makan meggi.

